Kebakaran hutan New South Wales semakin marak
Astro Awani
Januari 9, 2013 11:53 MYT
Januari 9, 2013 11:53 MYT
Beribu pasukan bomba kini diletakan dalam keadaan berjaga-jaga di New South Wales Australia berikutan kebakaran hutan yang makin marak.
Semua hutan dan taman negara di negeri itu juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara larangan membakar dikenakan di semua kawasan yang mencatatkan suhu lebih 45 darjah selsius.
Secara keseluruhannya 100 kebakaran dicatatkan. Kebakaran merebak pantas berikutan angin sekuat 50 kilometer meter sejam.
Di negari paling padat, New South Wales, kebakaran itu sudah menyebabkan 26 ribu hektar hutan renting.