Kebakaran hutan melanda Algeria, 65 termasuk anggota tentera maut

Astro Awani
Ogos 11, 2021 07:51 MYT
Pihak berkuasa Algeria melaporkan, lebih 50 lokasi kebakaran dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 28 anggota tentera yang terbabit dalam misi menyelamat di wilayah Kabyle, Algeria akibat kebakaran hutan dilaporkan terkorban.
Dalam kejadian itu 37 orang awam turut terbunuh, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 65 mangsa.
Dalam pada itu, 12 anggota tentera turut mengalami kecederaan termasuk melecur dengan sebahagian daripadanya cedera parah.
Setakat ini, pihak berkuasa Algeria melaporkan, lebih 50 lokasi kebakaran dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.
Wilayah Kabyle merupakan kawasan pergunungan yang terletak 100 kilometer di timur ibu kota Algeria iaitu Algiers.
Kawasan berkenaan merupakan kawasan pedalaman dan sukar untuk diakses.
#kebakaran hutan #maut #Anggota tentera #cedera #perbuatan kianat #Kabyle #Algeria
;