Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol disengajakan - Polis
Bernama
Ogos 21, 2023 19:53 MYT
Ogos 21, 2023 19:53 MYT
MADRID: Kebakaran hutan di pulau Tenerife di Sepanyol dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat, kata polis di pulau tumpuan pelancong itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Kepulauan Canary Fernando Clavijo dalam sidang media pada Ahad berkata, pelaku atau dalang telah "mempertaruhkan nyawa ribuan orang dan harta benda" dan beliau berharap mereka akan segera ditangkap.
Pasukan polis Guardia Civil sedang menjalankan tiga siasatan ke atas suspek kebakaran yang pada petang Ahad dipercayai telah menyebabkan kira-kira 120 kilometer persegi pulau itu dijilat api.
-- BERNAMA