Kebakaran hutan di California: Tiga keluarga Malaysia dipindahkan
Bernama
Oktober 10, 2017 20:42 MYT
Oktober 10, 2017 20:42 MYT
Tiga keluarga rakyat Malaysia dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan dilaporkan selamat susulan kejadian kebakaran hutan di bahagian utara dan selatan California pada Ahad (8 Okt), menurut Wisma Putra.
"Tiada kecederaan dilaporkan," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih 20,000 penduduk dipindahkan berikutan kebakaran hutan itu.
Sehingga kini, 10 orang dilaporkan terkorban manakala 100 orang lagi dirawat akibat kecederaan berkaitan kebakaran.
Wisma Putra berkata Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau keadaan dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
Kenyataan itu menyebut rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran atau di kawasan yang terjejas, dan memerlukan bantuan konsular, diminta menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles.
Wisma Putra turut merakamkan simpati kepada mangsa insiden berkenaan.
-- BERNAMA