Kebakaran hutan di California memburuk akibat cuaca panas terik

Agensi
Ogos 14, 2020 23:06 MYT
Sehingga kini, hanya lima peratus kebakaran berjaya dipadamkan. - Foto AP
PASUKAN penyelamat termasuk anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang melanda di utara, Los Angeles, California pada Jumaat.
Ia selepas api marak dan merebak lebih teruk pada Khamis susulan keadaan cuaca terik di California.
Api marak sehingga dua kali ganda dalam masa beberapa jam di kawasan hutan sehingga menyebabkan asap tebal dapat dilihat sehingga ratusan kilometer jauhnya.
Sehingga kini, hanya lima peratus kebakaran berjaya dipadamkan.
Namun, keadaan angin kencang dan hujan lebat pada awal Jumaat membantu meringankan beban anggota bomba untuk memadamkan kebakaran.
Pakar cuaca memaklumkan, kebakaran tersebut dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi.
Kira-kira 100 kediaman berjaya diselamatkan dan penduduk setempat diarahkan berpindah bagi mengelakkan sebarang risiko.
#anggota bomba #API #California #kebakaran #kebakaran hutan #Los Angeles
;