Kebakaran hutan Colorado: Lebih 19,000 penduduk diarah berpindah
Agensi
Mac 27, 2022 14:05 MYT
Mac 27, 2022 14:05 MYT
COLORADO: Kira-kira 19,000 penduduk daripada 8,000 rumah di Colorado diarahkan berpindah pada Sabtu susulan kebakaran hutan yang mula merebak ke kediaman penduduk.
Kebakaran itu setakat ini telah merebak ke kawasan seluas 50 hektar.
Lokasi kebakaran hutan itu adalah sama seperti yang pernah berlaku pada tahun lalu, iaitu kebakaran seumpamanya pernah memusnahkan lebih 1,000 kediaman penduduk di Boulder dan Louisville.
Kebakaran dilaporkan mula merebak pada awal pagi Sabtu, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup Taman Negara Eldorado Canyon dan mengarahkan mereka yang sedang melakukan aktiviti di taman itu berpindah ke lokasi lain.
Turut diarahkan berpindah, penduduk di kawasan Chautauqua, Interurban Park dan Highland Park.
Setakat ini, punca kebakaran hutan itu belum didedahkan pihak berkuasa.