Kebakaran hutan: Bacaan IPU di Pontianak cecah tahap tidak sihat
Azyyati Ahmad
Ogos 14, 2018 16:48 MYT
Ogos 14, 2018 16:48 MYT
PENCEMARAN udara di kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan mencapai tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah lebih 100 hari ini.
Jurucakap Agensi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho dalam twit terbarunya berkata sebanyak 846 titik panas telah dikesan melalui satelit, Modis.
Manakala 301 daripada kawasan titik panas itu ditandakan sebagai sederhana dan 173 lagi dalam kategori tinggi.
Jerebu di kawasan itu berpunca daripada kebakaran hutan dan ladang di beberapa kawasan di Kalimantan Barat.
Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berhadapan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos sehingga pertengahan September ini, demikian menurut laporan dalam laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut laporan tersebut, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.
"Sepanjang Ogos, kebanyakan tempat di Semenanjung akan menerima hujan pada paras normal dengan jumlah 150mm hingga 250mm kecuali di beberapa tempat di Perak (tengah hingga selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm dan 150mm.
#barat daya
#cuaca panas
#Fenomena
#Indonesia
#kebakaran
#kebakaran hutan
#Melaka
#Negeri Sembilan
#Perak
#Pontianak
#Selangor
#Semenanjung
#Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#wiliayah persekutuan putrajaya