Kebakaran hutan Australia: Penduduk bandar Eden diarah berpindah
Isabelle Leong
Januari 5, 2020 18:27 MYT
Januari 5, 2020 18:27 MYT
Polis Australia mengarah penduduk di bandar Eden yang terletak di persisir pantai New South Wales untuk berpindah ekoran kebakaran belukar yang telah memusnahkan benua tersebut.
Pegawai polis tempatan dalam satu mesyuarat komuniti pada Ahad, berkata kawasan tersebut tidak lagi selamat.
Sekiranya penduduk berasa mereka tidak berkemampuan untuk melindungi diri dan harta mereka, pihak berkuasa mengesyorkan agar mereka meninggalkan bandar berkenaan dan berpindah ke pusat pemindahan.
"Jika anda tidak dapat melindungi diri anda sama ada secara mental ataupun fizikal dan rumah anda, ia disyorkan supaya anda meninggalkan Eden dan berpindah ke pusat pemindahan.
"Kami tidak dapat menjamin keselamatan anda memandangkan situasi sebegini di Eden ketika ini," katanya.
Sementara itu, kapal tentera laut terbesar Australia, HMAS Adelaide, mengetuai usaha negara tersebut dalam memadamkan kebakaran yang berlaku.
Bertindak sebagai kapal bekalan dan juga hospital terapung, kapal tersebut tiba di perairan Eden dan akan berpangkal di situ.
Selain membawa 400 orang tentera, kapal tersebut juga membawa 300 tan bekalana kecemasan.