Kebakaran hospital, Menteri Kesihatan Sinegal dipecat
Bernama
Mei 27, 2022 12:45 MYT
Mei 27, 2022 12:45 MYT
KIGALI (Rwanda): Presiden Senegal Macky Sall pada Khamis memecat Menteri Kesihatan, Abdoulaye Diouf Sarr, susulan insiden kebakaran hospital yang mengorbankan nyawa 11 bayi baru lahir.
Dalam ucapannya di televisyen, Sall menamakan Marie Khemesse Ngom Ndiaye sebagai menteri kesihatan baharu, lapor Agensi Anadolu.
Ndiaye pernah berkhidmat sebagai ketua pengarah kesihatan awam.
Pada Rabu, 11 bayi baru lahir maut dalam kebakaran di unit neonatal Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane yang mencetuskan kemarahan rakyat.
Sarr, yang berada di Geneva untuk menghadiri perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terpaksa memendekkan lawatannya.
Sementara itu, pihak pendakwa raya memaklumkan siasatan masih diteruskan untuk menentukan punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA