Kebakaran hospital di Korea Selatan; angka korban meningkat

APTN
Januari 26, 2018 07:21 MYT
Kebakaran itu disifatkan yang terburuk di Korea Selatan dalam tempoh kurang sedekad. - Foto REUTERS
ANGKA korban dalam kejadian kebakaran Hospital Sejong di Miryang Korea Selatan meningkat kepada 41 orang manakala lebih 70 cedera dengan lapan daripadanya kritikal.
Kebakaran itu disifatkan yang terburuk di Korea Selatan dalam tempoh kurang sedekad.
Kebakaran dikatakan bermula di wad kecemasan jantung hospital.
Dianggarkan 200 pesakit selamat dipindahkan.
Agensi media tempatan melaporkan sebahagian besar mereka yang meninggal dunia akibat terhidu asap tebal.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#gas #Hospital Sejong #hospital terbakar #Korea Selatan #Miryang
;