Kebakaran di Masjid Al-Aqsa ketika Katedral Notre Dame terbakar
Astro Awani
April 16, 2019 09:45 MYT
April 16, 2019 09:45 MYT
Tatkala dunia merintih sedih melihat api yang menjulang membakar bangunan ikonik Katedral Notre Dame di Paris, Perancis, pada waktu sama turut berlaku satu lagi kebakaran di halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Rakaman video di lokasi ketiga suci dalam Islam itu menunjukkan asap dan api muncul dari atap struktur dikenal pasti sebagai Bilik Solat Marwani kini berlegar di media sosial.
Masjid Al-Aqsa sinonim dengan peristiwa Israk dan Mikraj dalam sejarah Islam bagi mengenang peristiwa junjungan Nabi Muhammad SAW dibawa menghadap Allah SWT.
Menurut seorang pengawal di situ, kebakaran terjadi di bilik pengawal di luar bumbung Bilik Solat Marwani, lapor The Palestine News Agency.
"Mujur pasukan bomba Waqf berjaya menangani insiden kebakaran itu."
Insiden kebakaran itu walau bagaimanapun ditenggelami berita tragedi di Katedral Notre Dame yang hampir memusnahkan bangunan ikonik di kota Paris itu.