Kebakaran di Los Angeles semakin parah

Astro Awani
Disember 6, 2017 01:28 MYT
Salah satu daripada rumah yang musnah akibat kebakaran awal pagi Creek Fire di kawasan Kagel Canyon di Lembah San Fernando, utara Los Angeles, dilihat di Sylmar, California, Amerika Syarikat, 5 Disember, 2017. - REUTERS
Kebakaran yang berlaku di barat laut Los Angeles sehingga kini telah memusnahkan sebuah hospital dan banyak rumah kediaman.
Ia diburukkan lagi dengan tiupan angin kencang Santa Ana yang memarakkan lagi kebakaran dan menyebabkan berpuluh ribu orang terpaksa berpindah.
Salah satu kawasan yang terjejas teruk pada isnin membabitkan Ventura County dan kebakaran meliputi kawasan seluas 180 kilometer persegi.
Menurut Ketua Bomba Mark Lorenzen kelajuan tiupan angin sehingga mencecah 96 kilometer sejam menyukarkan usaha pemadaman.
Pelbagai usaha dilakukan setakat ini termasuk menggunakan pesawat dan helikopter dalam usaha pemadaman.
Kebakaran sejak seminggu lalu itu setakat ini membunuh 44 orang dan memusnahkan lebih 8,900 rumah serta berpuluh ribu orang terpaksa berpindah.
#bomba #Hospital #kebakaran #Los Angeles #musnah #pesawat #rumah