Kebakaran di Lapangan Terbang Catania Itali, penerbangan digantung
Bernama
Julai 17, 2023 13:30 MYT
Julai 17, 2023 13:30 MYT
ROM: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania di selatan Itali digantung ekoran kebakaran pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Sac, syarikat yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Vincenzo Bellini, berkata penerbangan digantung sehingga sekurang-kurangnya 8 pagi (0600 GMT) Isnin.
Anggota bomba yang memadamkan kebakaran berkata keadaan di situ sukar dan mencabar, menurut Agensi Berita ANSA.
Agensi itu melaporkan bahawa anggota bomba menerima panggilan mengenai kebakaran di lapangan terbang di pantai timur Sicily itu kira-kira 11.30 malam Ahad.
-- BERNAMA