Kebakaran di hospital Beijing ragut 21 nyawa

Astro Awani
April 19, 2023 08:50 MYT
Hospital Changfeng di mana berlaku kejadian kebakaran yang meragut 21 nyawa. - Foto AP
BEIJING: Sejumlah 21 orang dilaporkan maut dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di Beijing, China pada Selasa.
Puluhan pesakit lagi berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Kakitangan hospital berjaya menyelamatkan 71 pesakit setelah kebakaran tercetus di Jabatan Pesakit Hospital Changfeng.
Video kebakaran berkenaan tular menunjukkan asap hitam membuak dari bangunan hospital.
Ia turut memaparkan individu cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan cadar katil sebagai alat bantuan.
Kebakaran hospital jarang berlaku di China dan punca di sebalik kejadian tersebut masih dalam siasatan.
#Hospital Beijing #kebakaran #Hospital Changfeng #video tular
;