Kebakaran di California paksa ribuan penduduk berpindah

Astro Awani
Jun 2, 2024 23:20 MYT
Anggota bomba California terpaksa bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan arahan pemindahan berskala besar turut dikeluarkan. - Foto AP
CALIFORNIA: Satu kebakaran tercetus di sebuah kawasan berumput berkeluasan 12,000 ekar di Venalis, California, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Insiden itu menyebabkan anggota bomba California terpaksa bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan arahan pemindahan berskala besar turut dikeluarkan.
Agensi bomba tempatan berkata kira-kira 400 anggota bomba dan sokongan udara telah dikerahkan bagi memadamkan kebakaran.
Setakat ini, 15 peratus daripada kebakaran sudah pun dikawal.
Insiden itu turut memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah rumah.
Agensi itu berkata dua daripada mereka yang memadamkan kebakaran turut tercedera dan dibawa ke hospital untuk penilaian kesihatan dan rawatan.
Para pegawai turut menggesa penduduk setempat supaya segera mengosongkan kawasan itu.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#kebakaran #anggota bomba cedera #pemindahan berskala besar #kawasan berumput