Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Bernama
November 30, 2023 22:06 MYT
November 30, 2023 22:06 MYT
ASTANA: Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan kecemasan bandar raya itu.
Kebakaran berlaku di ruang bawah tanah bangunan kediaman tiga tingkat. Aras satu dan bawah tanah bangunan itu telah diubah suai menjadi asrama.
Menurut maklumat awal, kematian berpunca akibat keracunan karbon monoksida.
Jabatan Kesihatan Awam Almaty melaporkan dua orang dirawat di hospital.
Sejumlah 72 orang berada di asrama semasa kebakaran berlaku dengan 59 daripadanya berjaya menyelamatkan diri.
-- BERNAMA