Kebakaran besar: Ketua Pengurusan Kecemasan Maui letak jawatan
Bernama
Ogos 18, 2023 16:25 MYT
Ogos 18, 2023 16:25 MYT
LOS ANGELES: Herman Andaya, pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Maui, meletak jawatan pada Khamis atas sebab-sebab kesihatan, menurut laman Facebook rasmi Maui County.
Datuk Bandar daerah itu, Richard Bissen menerima peletakan jawatan itu, lapor Xinhua.
"Memandangkan betapa beratnya krisis yang kami hadapi, saya dan pasukan saya akan melantik seseorang menggantikan beliau secepat mungkin dan saya tidak sabar-sabar untuk membuat pengumuman itu tidak lama lagi," kata Bissen.
Angka kematian akibat kebakaran hutan Maui di Hawaii AS mencecah 111 pada Khamis.
Di Maui, tidak sukar untuk melihat satu daripada 80 menara siren hijau yang digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk pada waktu-waktu berbahaya, dan ia diuji setiap bulan.
Bagaimanapun, sistem siren kecemasan itu tidak mengeluarkan sebarang amaran semasa kejadian itu berlaku.
-- BERNAMA