Kebakaran apartmen, tujuh maut manakala 11 lagi cedera

Agensi
November 16, 2020 14:09 MYT
Kebakaran bangunan di bandar raya berpopulasi padat seperti Hong Kong seringkali mudah mengorbankan banyak nyawa. - AP
HONG KONG: Sejumlah tujuh orang terbunuh manakala 11 yang lain dilaporkan cedera dalam satu insiden kebakaran melibatkan sebuah bangunan apartmen di Yau Ma Tei, Hong Kong.
Kejadian tersebut turut melibatkan beberapa bangunan kediaman lain termasuk premis perniagaan.
Menurut pihak bomba, kebakaran berpunca daripada sebuah restoran di bangunan tersebut namun punca kebakarannya masih lagi dalam siasatan.
Menerusi rakaman visual agensi media tempatan juga menyaksikan pasukan penyelamat bergegas menyelamatkan mangsa.
Media tempatan melaporkan, terdapat beberapa acara sambutan perayaan Deepavali dan juga acara ulang tahun di restoran berkenaan ketika kebakaran tercetus.
Kesemua mangsa yang terbunuh masing-masing berusia sekitar sembilan hingga 40 tahun dan kejadian itu disifatkan yang paling terburuk berlaku sejak tahun 2011 yang meragut sembilan nyawa.
Kebakaran di Yau Ma Tei itu turut mendapat reaksi Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam yang berdukacita terhadap apa yang berlaku terhadap kesemua mangsa.
Terdahulu, pada pagi Isnin Carrie Lam turut mengadakan kunjungan ke lokasi kejadian.
Insiden tersebut berkemungkinan berpunca daripada fungsi sistem kawalan kebakaran yang dilihat tidak begitu memuaskan meskipun pemerintah negara itu sering kali membangkitkan isu keselamatan kebakaran.
Kejadian seumpama itu bukan sesuatu perkara yang asing berlaku di bandar yang mempunyai populasi padat tersebut.
#kebakaran #Hong Kong #Carrie Lam #maut
;