Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu berkata beliau percaya keamanan di Timur Tengah boleh dicapai kerana ia bukan pertembungan yang tidak mungkin dapat diselesaikan antara budaya atau agama tetapi akibat perbuatan manusia yang berakar umbi berhubung soal tanah, peluang dan keadilan.
"Ia merupakan satu konflik yang teruk merebak dalam tempoh sepanjang hayat dan kita akan menggabungkan usaha kita bagi mengekang elemen kerosakan itu dan mengiktiraf dan mengakui bahawa umat Islam di seluruh dunia merasai penderitaan yang ditanggung saudara-saudara mereka," katanya.
Beliau berkata umat Islam di seluruh dunia melihat penderitaan itu akibat daripada pencerobohan dan perlakuan oleh mereka yang berkuasa dan usaha melanjutkan kepentingan asing di negara-negara rantau ini.
Dalam ucaptama beliau pada majlis makan malam tahunan Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di Ditchley Park County House di sini malam tadi, Timbalan Perdana Menteri berkata jika kembali kepada prinsip kesederhanaan atau wasatiyyah, adalah apa yang beliau percaya sebagai kunci bagi mencapai sebarang ketetapan keamanan.
Beliau berkata atas kepercayaan inilah yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkenalkan idea Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) kepada dunia dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 2010, sambil menggesa masyarakat antarabangsa dan pemimpin agama utama dunia untuk mencela dan menolak golongan pelampau mereka sendiri dan bersama-sama menyokong GMM.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang kini berada di United Kingdom dalam rangka lawatan kerja lima hari sejak Ahad berkata kurikulum pendidikan Islam Malaysia memfokuskan bidang akidah, mu'amalah dan akhlak; asas pengajaran Islam; dalam usaha membentuk minda dan karakter kanak-kanak agar selari dengan nilai-nilai murni Islam sebagai agama keamanan, dan beliau percaya pendidikan Islam yang betul adalah faktor utama bagi melahirkan masyarakat Islam yang berasa tenang dalam dirinya dan dengan orang lain.
"Saya yakin satu daripada sebab-sebab utama kenapa umat Islam di Malaysia boleh hidup dengan aman di samping masyarakat yang berlainan agama adalah disebabkan cara pendidikan Islam yang mereka terima di sekolah-sekolah kita di mana prinsip kesederhanaan, toleransi agama dan menghormati orang lain yang ditanam dalam kurikulum rasmi agama kita," katanya.
Beliau berkata kanak-kanak dididik bahawa menjadi umat Islam yang soleh juga bermakna menjalin hubungan baik dengan orang lain dan menghormati orang lain yang berlainan pegangan agama, malah melayani keperluan mereka tidak menjadikan mereka kurang Islam.
Muhyiddin berkata umat Islam di Malaysia berdepan cabaran baharu dikaitkan dengan globalisasi dan penyebaran liberalisme moden.
"Prinsip 'tidak ada paksaan dalam beragama telah diterjemahkan oleh sesetengah pihak sebagai maksud hak orang Islam untuk mengecam Islam.
Sedangkan dalam erti kata sebenar, ia difahamkan sebagai bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam," katanya.
"Sama juga, hak berkaitan orientasi seksual seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang tidak diterima oleh majoriti orang Islam, telah digalakkan oleh sesetengah kumpulan berkepentingan tertentu di Malaysia.
Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia tidak mengiktiraf hak-hak LGBT," katanya.
Muhyiddin berkata beliau percaya adalah penting untuk meningkatkan dan memulihkan imej dan maruah Islam dan umatnya di seluruh dunia dan satu cara penting bagi melakukannya adalah dengan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan hidup umat Islam.
Beliau berkata masalah pengasingan ekonomi dan penindasan politik dan perbezaan sosial yang merupakan punca ketidakstabilan politik dan kemunduran ekonomi di seluruh dunia Islam perlu ditangani.
Sehubungan itu, beliau percaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu memainkan peranan lebih penting ke arah transformasi ummah, terutama dalam bidang ekonomi.
"Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang kecil akan terus menyumbang dalam apa jua cara yang kita boleh bagi menggalakkan keamanan dan kestabilan di dalam dunia Islam dan di seluruh dunia," katanya.
Sebelum itu, Muhyiddin melawat bangunan baharu OCIS di Marston Road di sini dan mendengar taklimat mengenai perkembangan pembinaan bangunan itu dan pelbagai program kerjasama dengan rakan-rakan Malaysia.
OCIS merupakan pusat bebas University of Oxford yang diiktiraf, bertujuan bagi menggalakkan pemahaman budaya dan tamadun Islam dan masyarakat Islam kontemporari yang lebih baik, melalui pembelajaran dan biasiswa.
Bernama
Wed Sep 11 2013
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
'Semoga saya mendapat keadilan di mahkamah...' - Muhyiddin
Muhyiddin mengeaskan beliau tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas dakwaan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Gua Musang.
Ahli sokong kerajaan: Bersatu mahu Akta Antilompat Parti dikaji semula
Pihaknya juga akan mengemukakan laporan polis dan SPRM dalam masa terdekat.
Pengecualian cukai: 'Boleh serah kepada parti, kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi' - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden
ini kerana pertuduhan kes rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden dan bukannya kapasiti peribadi.
'Penyokong jaga tingkah laku, kerana kami parti yang aman' - Muhyiddin
Beliau menjawab soalan sama ada akan tercetusnya situasi luar jangka seperti protes dalam kalangan penyokong.
Jana Wibawa: Wan Saiful mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.
Siasatan dana RM300 juta: Muhyiddin sudah beri keterangan pada SPRM
Presiden Bersatu itu dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
5G: DNB wujud selepas ambil kira perbezaan kepentingan syarikat telekomunikasi - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sewaktu beliau menjadi PM, terdapat risiko kegagalan penyediaan 5G selepas mengambil kira perbezaan kepentingan telco.
Tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani isu kenaikan harga barang - Muhyiddin
MPN ketika ini telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi menangani isu kenaikan harga barang.
Muhyiddin tidak menyesal lepaskan jawatan Perdana Menteri
Malah beliau melihat, langkah itu sebagai memenuhi kehendak Perlembagaan dan segala yang berlaku adalah takdir Allah SWT.