Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican

Bernama
Februari 23, 2025 10:45 MYT
Jambangan bunga, lilin dan gambar-gambar diletakkan di luar Hospital Gemelli, di mana Pope Francis sedang menerima rawatan, di Rom, Itali, 22 Feb 2025. REUTERS
ISTANBUL: Keadaan kesihatan Paus Francis dilaporkan masih "kritikal" selepas mengalami krisis pernafasan berpanjangan yang menyerupai asma pada pagi Sabtu, menurut kenyataan Vatican.
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
"Pagi ini, Paus Francis mengalami masalah pernafasan berpanjangan yang menyerupai asma, sehingga memerlukan penggunaan oksigen pada kadar tinggi," lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Vatican.
Hasil ujian darah turut menunjukkan bahawa beliau mengalami trombositopenia yang berkaitan dengan anemia.
"Buat masa ini, prognosisnya masih belum dapat dipastikan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Paus Francis #asma #masalah pernafasan #Vatican
;