Keadaan Lee Kuan Yew semakin merosot akibat jangkitan - PMO Singapura

Bernama
Mac 17, 2015 16:44 MYT
Keadaan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew semakin merosot akibat jangkitan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini. - Gambar Fail
Keadaan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew semakin merosot akibat jangkitan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura hari ini.
Kenyataan PMO hari ini menyebut Lee kini diberi rawatan antibiotik.
Doktor memantau rapi keadaan beliau, menurut kenyataan itu.
Lee, 91, dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Singapura sejak dimasukkan ke hospital itu pada 5 Feb akibat radang paru-paru yang teruk.
#Facebook #Lee Kuan Yew #Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin #PMO #Singapura
;