Keadaan Lee Kuan Yew bertambah baik sedikit - PMO

Bernama
Februari 28, 2015 22:01 MYT
Kesihatan bekas perdana menteri Singapura yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Feb kini bertambah baik sedikit. - Gambar Fail
Keadaan bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Feb akibat radang paru-paru yang teruk, kini bertambah baik sedikit, kata Pejabat Perdana Menteri Singapura pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan pejabat itu menjelaskan Lee, 91, masih diberikan ubat pelali dan dibantu ventilasi mekanikal di Unit Rawatan Rapi.
Beliau terus diberikan antibiotik.
Lee, perdana menteri pertama Singapura yang meneraju kerajaan dari 1959 hingga 1990, dianggap antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.
#Facebook #Lee Kuan Yew #Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin #Singapura
;