Keadaan kembali tenang, sempadan Erez dibuka semula
Sinar Harian
Ogos 27, 2018 08:56 MYT
Ogos 27, 2018 08:56 MYT
Israel akan membuka semula sempadan Erez dengan Semenanjung Gaza pada Isnin, kata Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman, selepas ia terpaksa ditutup akibat pertempuran di sepanjang sempadan.
Menurut Lieberman, keputusan untuk membuka semula lintasan Erez, satu-satunya sempadan untuk penduduk di utara Palestin, dibuat selepas keadaan keganasan di sana kembali tenang.
Sejak beberapa minggu lalu, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha menguatkuasakan gencatan senjata antara Hamas dan Israel selepas beberapa bulan berdepan ketegangan.
Rakyat Palestin di Gaza berkumpul di sempadan sejak 30 Mac lalu, menuntut hak untuk pulang ke tanah milik mereka di Israel.
Sepanjang tempoh tersebut, sekurang-kurangnya 172 orang penduduk Gaza terbunuh ditembak Israel dan hanya seorang tentera Israel ditembak mati oleh penembak tepat Palestin pada Julai lalu. - Agensi
#Avigdor Lieberman
#Erez
#gencatan senjata
#Hamas
#keganasan
#Mesir
#Palestin
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Semenanjung Gaza
#sempadan