Kawasan sekitar gunung berapi Sinabung ditutup
Astro Awani
Februari 5, 2014 07:52 MYT
Februari 5, 2014 07:52 MYT
Kerajaan Indonesia menutup kawasan sekitar 5 kilometer radius daripada gunung berapi Sinabung.
Beberapa kawasan penempatan sementara didirikan di Kabanjahe di utara Sumatera, bagi menempatkan lebih 30,000 mangsa yang terpaksa berpindah.
Badan bantuan bencana alam kebangsaan Indonesia, Basarnas turut memaklumkan, petugasnya mengadakan rondaan di kawasan 5 kilometer radius bagi memberi pertolongan kepada mereka yang berpindah.
Kawasan terbabit juga sudah dikosongkan.
Letupan gunung berapi Sinabung kini sudah menragut 16 nyawa dan mencederakan 2 penduduk.
Kali terakhir gunung berketinggian 2,475 meter itu meletus ialah pada 400 tahun lalu.
Ia adalah antara 129 gunung berapi aktif di seluruh indonesia yang terletak di atas lingkaran api pasifik.
Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB Indonesia Sutopo P. Nugroho berkata tiada gangguan penerbangan di Indonesia akibat debu Gunung Sinabung.