Kawasan rumput laut terbesar dunia dijumpai di pantai Australia

Bernama
Jun 1, 2022 04:21 MYT
Pasukan penyelidik akan mengkaji dengan terperinci untuk lebih memahami bagaimana tumbuhan purba itu dapat bertahan dalam keadaan berubah-ubah. - Unsplash
CANBERRA: Penyelidik Australia telah menemukan kawasan tumbuhan rumput laut terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Kajian penyelidik dari Universiti Flinders di Australia Selatan (SA) dan Universiti Australia Barat (UWA) yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan kawasan yang dipenuhi rumpat laut sepanjang 180 kilometer itu dijumpai di Teluk Shark di barat Australia.
Penyelidik menganggarkan ia berusia sekurang-kurangnya 4,500 tahun.
Ahli ekologi Universiti Flinders, Martin Breed, berkata penyelidik musykil bagaimana rumput laut itu boleh terus hidup dengan subur.
"Tumbuhan tunggal ini sepatutnya tidak boleh membiak," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata selepas menjalankan kajian lanjut, penyelidik mendapati tumbuhan itu adalah daripada jenis poliploid (jenis organisma yang mempunyai bilangan kromosom berbilang seperti triploid dan tetraploid).
"Ia akan terus membiak jika dibiarkan tanpa gangguan," katanya.
Pasukan penyelidik akan mengkaji dengan terperinci untuk lebih memahami bagaimana tumbuhan purba itu dapat bertahan dalam keadaan berubah-ubah.
-- BERNAMA
#rumput laut #shark bay #Australia #Kajian