Kawalan keselamatan diperketat di Cyprus
Astro Awani
Mac 28, 2013 08:19 MYT
Mac 28, 2013 08:19 MYT
Kawalan keselamatan diperketat di sekitar ibu negara Cyprus, Nicosia selepas ia dibuka semula dalam tempoh seminggu.
Anggota polis yang lengkap bersenjata dilapor mengiringi beberapa trak yang tidak dikenali ketika ia tiba di bank pusat negara itu.
Muatan sebenarnya tidak dapat disahkan walaupun stesyen televisyen tempatan melaporkan ia membawa wang tunai yang diterbangkan dari Frankfurt bagi membolehkan bank beroperasi semula.
Ia dikatakan akan dibuka pada Khamis dan akan beroperasi selama enam jam.
Tempoh masa diberikan adalah bagi mengelak orang ramai daripada mengeluarkan wang berlebihan daripada akaun mereka.
16 Mac lalu, bank di pulau berkenaan ditutup selepas ahli politik berusaha untuk mendapatkan bantuan berjumlah €5.8 bilion (RM22.96) sebagai pakej penyelamat ekonomi daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Kewangan Dunia (IMF).
Persefahaman dicapai di Brussel Isnin lalu dengan beberapa syarat dikenakan.
Untuk membolehkan Cyprus mendapatkan bantuan untuk sektor perbankannya, simpanan melebihi €100,000 (RM395808.52) di bank of Cyprus akan dikenakan potongan 40 peratus.
Simpanan taraf yang sama akan dikenakan potongan sehingga 90 peratus atau 50 peratus potongan.
Manakala had pengeluaran dihad kepada €300 (RM1187.43) seorang pada setiap hari dan cek tidak boleh ditunaikan.