Kawal senjata: Biden umum langkah kawal senjata api

Astro Awani
April 8, 2021 06:05 MYT
Biden memperketatkan peraturan pembeli 'senjata hantu' atau senjata api buatan sendiri yang menyukarkan pengesanan. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Joe Biden mengumumkan beberapa arahan eksekutif yang mensasarkan isu peningkatan keganasan senjata api di seluruh negara.
Biden memperketatkan peraturan pembeli 'senjata hantu' atau senjata api buatan sendiri yang biasanya dipasang secara bahagian dan tidak mempunyai nombor siri yang menyukarkan pengesanan.
"Hari ini kita mengambil beberapa langkah bagi menangani bukan sahaja krisis senjata api tetapi krisis kesihatan awam," katanya.
Ketika ini membuat senjata api di rumah atau bengkel adalah sah dan tiada keperluan kerajaan memeriksa latar belakang.
Jabatan Kehakiman akan mengeluarkan peraturan yang mengharuskan kit senapang tersebut diakui sebagai senjata api di bawah Akta Kawalan Senjata.
Ini mewajibkan bahagian-bahagian senjata itu dibuat dengan nombor siri dan pembeli perlu menjalani pemeriksaan latar belakang.
Jabatan ini juga menerbitkan model perundangan dalam 60 hari yang bertujuan untuk mempermudah negeri-negeri untuk mengadaptasi undang-undang mereka sendiri.
Undang-undang itu membolehkan petisyen individu dibuat di mahkamah bagi membenarkan polis merampas senjata daripada seseorang yang dianggap berbahaya pada diri sendiri atau orang lain
Dengan pengumuman langkah-langkah baru, penyokong kawalan senjata memuji langkah pertama Biden sementara beberapa penyokong hak senjata mengatakan langkah itu akan menghadapi cabaran undang-undang.
#Joe Biden #Amerika Syarikat #senjata api #keganasan #senjata hantu
;