Kate hamil selepas setahun berkahwin

Associated Press
Disember 4, 2012 08:17 MYT
Putera William meninggalkan Hospital King Edward VII selepas melawat Kate
Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Duke dan Duchess of Cambridge bakal menimbang cahaya mata.
Berita kehamilan Kate Middleton itu diumumkan Istana St James semalam.
Kandungan Kate dilaporkan sudah hampir 12 minggu.
Bagaimanapun, beliau terpaksa dirawat di Hospital King Edward VII akibat mual dan muntah ketika mengandung.
Kate dijangka dirawat di hospital tersebut untuk beberapa hari.
Sementara itu, Putera William turut menemani isterinya itu selama beberapa jam di hospital.
Sama ada bayi itu lelaki atau perempuan, ia bakal menjadi pewaris takhta Britain yang ketiga selepas Putera Charles dan William.
Kali terakhir Kate dilihat di khayalak ramai ialah pada Jumaat lalu ketika melawat sekolah lamanya St Andrew di Pangbourne, Berkshire.
Kate dan William yang masing-masing berumur 30 tahun, berkhawin pada April tahun lalu.
Pasangan diraja itu pernah mengunjung Malaysia, Singapura dan Kepulauan Solomon pada bulan September lalu.
#Kate Middleton mengandung
;