Kate hadiri upacara terakhir sebelum bersalin

AFP
Jun 15, 2013 07:30 MYT
Isteri Putera William, Catherine Middleton pada Sabtu, menghadiri upacara rasmi hari lahir Ratu Elizabeth II yang ke 87, iaitu upacara terakhirnya sebelum melahirkan anak.
Catherine atau Kate yang kini mengandung lapan bulan, menaiki kereta kuda bersama adik William, Putera Harry dan ibu tiri William dan Harry, Camilla ke upacara tersebut.
Kate dilihat menguntumkan senyuman dan melambai mesra kepada orang ramai yang hadir meyaksikan perarakan itu.
Anak pertama pasangan itu dijangka lahir pada bulan Julai.
Hari Lahir Queen Elizabeth yang sebenar adalah pada 21 April tetapi beliau selalunya akan menyambut satu lagi Hari Lahir pada musim panas kerana cuaca sesuai untuk sambutan terbuka.
Perarakan itu disusuli dengan keluarga Diraja itu membuat penampilan di balkoni Istana Buckingham.
#Kate Middleton #Prince William #Queen Elizabeth
;