Kate bergaya cantik selepas bersalin, 'biar betul?' - Netizen

Shamil Hizamie
Mei 4, 2015 18:03 MYT
Rakyat Malaysia turut membicarakan rupa paras Kate Middleton yang begitu cantik hanya selepas beberapa jam melahirkan anak. - Foto AFP
Akhbar Rusia, Komsomolskaya Pravda melemparkan dakwaan kelahiran puteri sulung Putera William dan Kate Middleton sebagai satu 'sandiwara' sahaja.
Dakwaan diutara akhbar pro-kremlin itu berdasarkan fakta bahawa Duchess of Cambridge tidak kelihatan seperti baru lepas bersalin.
Akhbar itu mengatakan adalah mustahil untuk seorang wanita kelihatan sebegitu cantik hanya selepas beberapa jam melahirkan anak. Tidak kira betapa bagus penggayaannya.
FOTO: William dan Kate sambut puteri sulung
Bagaimana pula reaksi rakyat Malaysia yang turut membicarakan perkara itu di laman Twitter?
Beberapa pengguna menyifatkan rupa paras Kate yang menawan walaupun selepas bertarung nyawa sememangnya mengundang persoalan.

kate middleton ni keluar hospital lepas beranak pun macam baru keluar spa.

— sis (@najahmohdl) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenapa Kate Middleton berapa jam lepas beranak boleh terus dukung baby jalan keluar hospital

— Irfan (@IrfanRosli) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kate middleton ni lepas beranak tknampak gemuk pun. takkan lepas beranak terus susut. power

— Syahker (@iamsyahkirr) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kate Middleton ni dalam pantang pun cantik. Tak macam orang beranak pun.

— Amirah Atikah Koris (@amirah_atikah) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kate middleton ni dah bersalin pon tak ada rupa baru bersalin. Musykil apa rahsianya.

— (@madiemonora) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun perkara itu diragui segelintir pengguna namun mereka memilih untuk tidak mengambil serius lantas bergurau mengenai perkara itu.

Kalau nak nampak fabulous lepas bersalin cam Kate Middleton kahwin lah dengan anak raja.

— ojamoja (@ojamoja) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Eh melampau kate middleton ni baru lepas bersalin pun cantik. I go terjun klcc

— Cint (@norainilami) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kate Middleton sehari lps bersalin pon dah cantik. Aku dah 2 bulan, muka masih xsiap/p>— Cik Selemah (@zatiehussin) May 4, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kuat jugak Kate Middleton ni, baru beranak steady kluar berjalan make up cantik2. Klu org kita ni confirm bedak sejuk penuh di dahi

— Amen Lieut. Hassan (@amen_hassan) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

me : "umi,kate middleton dah bersalin,it's a princess" umi : "so,apa kaitan dengan umi??"

— (@zaatyyy) May 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kate Middleton selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.7 kilogram (8lbs 3oz), dua jam setengah selepas mendaftar masuk ke hospital Lindo Wing, semalam.
Hasil perkongsian hidup William dan Kate telah dikurniakan seorang putera, George Alexander Louis yang dilahirkan pada 22 Julai 2013.
#Duke Dutchess of Cambridge #Kate Middelton #Prince William #Royal Baby
;