Karnival Rio 2013 dinanti-nantikan penjaja

Astro Awani
Februari 6, 2013 17:38 MYT
Penganjuran Karnival Rio 2013 di Brazil menjadi acara yang amat dinanti-nantikan pemilik perniagaan terutamanya penjaja jalanan di sekitar Rio de Janeiro.
Peniaga kecil-kecilan ini mampu mengaut keuntungan yang kebiasaannya hanya diperoleh dalam 6 bulan dalam tempoh 3 hari sepanjang karnival berlangsung.
Rio dijangka menyambut ketibaan 900 ribu pengunjung yang akan berbelanja sebanyak AS$665 juta (RM2.06 bilion) sepanjang karnival dari 8 ke 11 Februari ini.
Pengunjung asing bagaimanapun dijangka akan merosot sedikit sebanyak 15 peratus berbanding tahun lalu berikutan krisis ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat.
Angka itu bagaimanapun akan digantikan dengan pelancong tempatan yang sanggup berbelanja besar.
Ini terbukti apabila statistik menunjukan penganjuran karnival tersebut semakin berjaya dari setahun ke setahun.
Malah Rio juga dianggap ramai sebagai destinasi mesti dikunjungi pada ketika ini meskipun kos pelancongan adlaah amat tinggi.
Data pelancongan rasmi Brazil mendedahkan Rio merupakan destinasi pelancongan paling mahal di dunia mengatasi Paris, London dan Dubai.
#Brazil #Karnival Rio 2013 #kos tinggi #peniaga
;