Karl Lagerfeld reka 'sepatu' khas sempena Piala Dunia

AFP RELAXNEWS
Mei 18, 2014 04:30 MYT
Koleksi khas Melissa & Karl Lagerfeld
Pereka fesyen terkemuka Perancis, Karl Lagerfeld bergabung dengan Melissa, jenama kasut terkenal di Brazil untuk mencipta kasut khas sempena Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil dari 12 Jun sehingga 13 Julai nanti.
Kasut ‘sandal’ yang diperbuat daripada plastik itu, dihiasi dengan sebiji bola sepak kecil berkilat keemasan, platinum atau putih.
Koleksi khas Melissa & Karl Lagerfeld ini berharga €85 (atau RM375) sepasang.
Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu kelabu, emas dan hitam.
Melissa yang terkenal dengan ciptaan kasut plastik pernah bekerjasama dengan pereka berprofil tinggi lain seperti Vivienne Westwood, Gareth Pugh, dan Jason Wu.
#Karl Lagerfeld #Melissa #World Cup