Kapal terbang bawa pemain bola sepak Brazil terhempas

AFP
November 29, 2016 07:30 MYT
Kapal terbang dengan pendaftaran CP2933 membawa pemain kelab Chapecoense Real. - Gambar hiasan
Sebuah kapal terbang membawa pemain kelab Chapecoense Real dari Brazil dilaporkan terhempas di wilayah Medellin di Colombia pada Isnin.
Kapal terbang dengan pendaftaran CP2933 tersebut dilaporkan membawa 81 penumpang. Enam penumpang dilaporkan terselamat.
"Kapal terbang membawa @ChapecoenseReal disahkan terhempas. Nampaknya ada yang terselamat," mengikut kenyataan lapangan terbang Jose Maria Cordova de Rionegro di laman Twitter.
Dalam satu kenyataan berlainan, lapangan terbang Jose Maria Cordova de Rionegro berkata "semua bantuan telah dikerah kerana dilaporkan enam penumpang terselamat."
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#bola sepak #Chapecoense Real #kapal terbang #terhempas