Kapal tentera China berada di sekitar Taiwan meski selepas latihan tamat

Bernama
April 11, 2023 14:58 MYT
12 kapal Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat telah dikesan di sekitar Taiwan pada Isnin. - Foto REUTERS
TAIPEI: Lapan kapal China dilaporkan masih berada di sekitar perairan Taiwan pada Selasa, meskipun latihan tentera laut tamat pada tiga hari lalu, menurut kementerian pertahanan Taiwan.
"Kami akan terus memerhatikan pergerakan itu," lapor agensi akhbar Jerman (dpa) memetik ciapan Kementerian Pertahanan Taiwan.
Latihan ketenteraan itu dilihat sebagai tindak balas kepada pertemuan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan AS Kevin McCarthy di California minggu lalu.
Pada Isnin, Taiwan mengesan 91 pesawat China, manakala 54 daripada pesawat itu telah melintasi garisan median Selat Taiwan serta memasuki ruang udara barat daya dan tenggara Taiwan.
Sementara itu, 12 kapal Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat telah dikesan di sekitar Taiwan pada Isnin.
Pemerintah Timur China berkata latihan itu sebagai amaran kepada puak pemisah di Taiwan dan campur tangan asing.
--BERNAMA-DPA
#konflik #Taiwan #China #kapal perang
;