Kapal selam Scorpene: Beberapa dakwaan terhadap Razak Baginda digugur

Agensi
Mei 21, 2019 11:29 MYT
Perancis menggugurkan beberapa dakwaan terhadap bekas penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda berhubung dakwaan menerima suapan dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene. - Gambar fail
Perancis menggugurkan beberapa dakwaan terhadap bekas penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda berhubung dakwaan menerima suapan dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene.
Abdul Razak bertindak sebagai penasihat kepada Najib semasa bekas Perdana Menteri itu merupakan Menteri Pertahanan antara tahun 2000 hingga 2008.
Urusan perjanjian pembelian dua kapal selam berkenaan serta sebuah kapal selam Agosta daripada unit dermaga laut Perancis DCNI, yang dikaitkan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia melibatkan kos kira-kira RM4.66 bilion.
BACA: Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Pada 2010, sebuah siasatan mendedahkan syarikat Terasasi menerima sejumlah wang yang dikatakan bayaran kerja rundingan, menyaksikan Abdul Razak merupakan pemegang saham utama Terasasi.
Bayaran berkenaan dikatakan sebagai pendahuluan sogokan bagi urusan berkenaan.
Abdul Razak sebelum ini didakwa di Perancis pada Julai 2017 dengan tuduhan bersubahat secara aktif dan pasif dalam rasuah dan penyalahgunaan aset korporat.
Setakat ini, empat pegawai eksekutif industri pertahanan Perancis telah didakwa dua bekas pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, serta dua bekas pengarah Thales International Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.
Keempat-empat mereka bagaimanapun menafikan tuduhan itu. - Sumber Agensi
#Asia #kapal selam Scorpene #Mahkamah Perancis #menteri #Najib Razak #Perdana Menteri #Rasuah #Razak Baginda #siasatan
;