Kapal perisikan Rusia karam di perairan Laut Hitam
Agensi
April 27, 2017 20:55 MYT
April 27, 2017 20:55 MYT
Sebuah kapal risikan Rusia katam di perairan Laut Hitam di Turki selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain yang membawa muatan ternakan pada Khamis.
Reuters melaporkan, pihak berkuasa perairan Turki mengesahkan bahawa kesemua 78 anak kapal diselamatka dan dipindahkan.
Kapal yang dikenali sebagai ‘Liman’ itu berlanggar dengan kapal ‘Youzarsif H' yang mempamerkan bendera negara Togo.
Pihak berkuasa Turki telah menghantar bot tunda dan tiga buah kapal penyelamat berkuasa tinggi. Agensi perkapalan Turki GAC berkata, pelanggaran itu berpunca daripada kabus tebal dan tahap penglihatan yang rendah.
Pelanggaran itu berlaku di lokasi 29 kilometer dari perkampungan Kilyos di perairan Laut Hitam di utara Istanbul.
Selat Bosphorus yang ‘membelah’ Istanbul, adalah salah satu daripada laluan air yang penting di dunia untuk penghantaran minyak dan biji-bijian. Selat sepanjang 17 batu itu menghubungkan Laut Hitam dengn Mediterranean.