Kapal pendaftaran Singapura SUCCESS 9 dinaiki beberapa individu tidak dikenali - MPA

Bernama
April 12, 2023 11:40 MYT
MPA berkata agensi itu bekerjasama rapat dengan pemilik kapal, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia dan Pusat Gabungan Maklumat di Pusat Kawalan dan Perintah Changi untuk memantau keadaan. - Foto Facebook MPA
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan sebuah kapal tangki minyak berdaftar Singapura, SUCCESS 9, dinaiki beberapa individu tidak dikenali ketika berada pada kedudukan kira-kira 300 batu nautika dari Pantai Abidjan, Pantai Gading pada 10 April 2023.
MPA berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam waktu Singapura.
"Terdapat 20 krew dari pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura," menurut MPA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Selasa.
MPA berkata agensi itu bekerjasama rapat dengan pemilik kapal, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia dan Pusat Gabungan Maklumat di Pusat Kawalan dan Perintah Changi untuk memantau keadaan dan memberikan bantuan yang diperlukan.
-- BERNAMA
#kapal tangki minyak #Singapura #SUCCESS 9 #dinaiki individu tidak dikenali
;