Kapal Nautical Aliya selamat berlabuh di Chittagong, Bangladesh

Hilal Azmi
Februari 14, 2017 13:46 MYT
Nautical Aliya belayar dari Pelabuhan Klang sejak 3 Februari lalu untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh. - Gambar fail
Kapal Nautical Aliya yang membawa lebih 180 sukarelawan daripada 12 buah negara selamat berlabuh di Pelabuhan Chittagong pada 12:30 tengahari Selasa.
Kapal yang membawa lebih 2,000 tan barangan bantuan itu diiringi kapal peronda pengawal pantai sebaik mula memasuki Sungai Karnaphuli pada 9:15pagi waktu tempatan (11:15 pagi waktu Malaysia).
Nautical Aliya belayar dari Pelabuhan Klang sejak 3 Februari lalu untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.
Sebelum itu, kapal ini berlabuh di Yangon, Myanmar, pada Khamis lalu untuk menurunkan 500 tan bantuan kepada kelompok terjejas di Rakhine.
#bantuan kemanusiaan #Chittagong #Flotilla for Myanmar #Nautical Aliya #Rohingya
;