Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi

Astro Awani
Jun 22, 2022 05:30 MYT
Kapal kontena yang dibina oleh Shanghai Hudong Zhonghua Shipbuilding (Group) Company berukuran 400 meter panjang dan 61 meter lebar. - Foto Twitter/@IcanArgue
SHANGHAI: Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi pada Rabu di perairan China.
Direka dan dibina oleh Shanghai Hudong Zhonghua Shipbuilding (Group) Company, kapal mega itu terbentang hampir 400 meter bersamaan 1,312 kaki panjang dengan keluasan deck 24,000 meter persegi.
Saiznya bersamaan dengan saiz hampir empat padang bola sepak apabila digabungkan bersama.
Menurut laporan CCTV, kapal ini mampu menampung 240,000 tan berat.
Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).
Ia akan berlayar dari timur tengah sehingga ke Eropah.
Syarikat pembuatan kapal ini turut mengesahkan telah menerima sembilan tempahan untuk pembuatan kapal kontena dengan saiz yang sama.
#kapal kontena #Shanghai Hudong Zhonghua #hidrokinetik #karbon dioksida
;