Kapal kargo rempuh pelabuhan, rumah tepi sungai
Agensi
April 4, 2021 08:09 MYT
April 4, 2021 08:09 MYT
BANGKOK: Sebuah kapal kargo merempuh kawasan pinggiran sungai Chao Phraya berhampiran Kuil Laem, Bangkok, yang padat dengan penduduk, pada Sabtu.
Kapal itu tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh pelabuhan dan rumah yang berada di tepi sungai, pada sekitar jam 12 tengah hari.
Bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan walaupun terdapat beberapa kerosakan fizikal.
Menurut laporan, kapal tangki pesisir CHALAKARN itu meneruskan perjalanan tidak lama selepas kemalangan, dan berlabuh di pelabuhan luar Si Racha, barat laut Si Racha, pada hari yang sama.