Kapal angkasa India rakam gambar dari Planet Marikh

AFP
September 25, 2014 17:30 MYT
Kapal angkasa India rakam gambar dari Planet Marikh
Kapal angkasa India telah mendedahkan gambar pertama Planet Marikh yang menunjukkan kawah di atasnya sekali gus menjadikan negara itu yang pertama di Asia ke planet berkenaan.
Organisasi Kajian Angkasa Lepas India (ISRO) yang memuat naik salah satu gambar ke laman Facebooknya, menunjukkan permukaan berwarna oren dan lubang gelap yang diambil dari ketinggian 7.3 kilometer (4.5 batu).
ISRO turut meletakkan gambar di Twitter, dengan kapsyen "Pandangan yang bagus dari atas sini."
Seorang pegawai kanan ISRO memberitahu AFP, beberapa gambar berjaya diterima sementara jurucakap agensi kerajaan berkata kapal angkasa itu berfungsi dengan baik.
India menjadi negara Asia pertama yang sampai ke Marikh pada Rabu apabila kapal angkasa tanpa pemandu yang dinamakan Mangalyaan memasuki orbit selepas perjalanan selama 10 bulan dengan bajet yang sangat terhad.
Misi yang diadakan untuk mencari bukti kehidupan di planet ini menjadi satu kebanggaan untuk India yang bersaing dengan pesaing Asia untuk kejayaan di angkasa.
India menewaskan saingannya dari China yang pertama mencuba pada tahun 2011 dengan kos berbilion dollar untuk program berkenaan.
Dengan hanya $ 74 milion, India menjadikan misi mereka jauh lebih murah daripada bajet $ 100 milion daripada "Graviti".
Ia juga mewakili hanya sebahagian kecil daripada kos $ 671 bilion kapal angkasa NASA Maven, yang mula mengorbit planet keempat dari matahari pada hari Ahad.
India kini menyertai kelab elit Amerika Syarikat, Rusia dan Eropah yang boleh berbangga dengan pencapaian ke Marikh.
Lebih separuh daripada semua misi ke planet itu telah berakhir dengan kegagalan.
Kejayaan misi itu mendapat liputan muka depan di akhbar-akhbar India pada hari Khamis, dengan Hindustan Times mengisytiharkan "BANGSA YANG MENAKLUKI Marikh" dan Times of India berkata "India memasuki kelab eksklusif Marikh."
India, daripada menteri-menteri kerajaan, pekerja-pekerja pejabat sehingga pemain kriket mereka memenuhi laman Twitter untuk menunjukkan kebanggaan kepada negara mereka, manakala pelajar sekolah menyambut kejayaan itu dengan memakan gula-gula tradisional India.
#India #ISRO #mars #Red Planet
;