Kanta lekap dengan fungsi zum bakal diperkenal
AFP
Februari 15, 2015 13:49 MYT
Februari 15, 2015 13:49 MYT
Penyelidik Switzerland sedang membangunkan sejenis kanta lekap yang mengandungi teleskop kecil untuk meningkatkan penglihatan dan dilengkapi ciri zum masuk dan keluar hanya dengan sekenyit mata.
Kanta lekap setebal 1.55 milimeter ini mengandungi teleskop reflektif amat nipis yang diaktifkan melalui kenyitan.
Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2013 dan diperhalusi sejak itu, prototaip ini dilancarkan oleh Eric Tremblay dari Ecole Polytechnique Federale de Lausanne di Switzerland ketika perjumpaan tahunan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains (AAAS) di California pada Jumaat.
Kanta lekap ini didatangi dengan kaca pintar yang bertindak balas terhadap kenyitan si pemakai supaya penggunanya boleh menukar fungsi daripada kanta lekap biasa kepada berciri zum dengan mudah.
Si pemakai hanya perlu mengedipkan mata kanan untuk mengaktifkan teleskop, dan dengan mata kiri untuk mematikannya.