Kandungan kotak hitam Lion Air tidak akan didedah
Agensi
Januari 22, 2019 12:50 MYT
Januari 22, 2019 12:50 MYT
PIHAK berkuasa Indonesia tidak akan mendedahkan kandungan perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang Lion Air JT610 yang terhempas dua bulan lalu, sehingga laporan akhir siap dan dibentangkan Ogos atau September ini.
CVR yang ditemui pada 14 Januari alu merupakan bahagian kedua kotak hitam yang mampu merungkai misteri tragedi tersebut.
Menurut peraturan antarabangsa, laporan akhir sesuatu insiden harus disiapkan dalam tempoh 12 bulan mengikut kesesuaian kes.
Pada tragedi 29 oktober 2018, pesawat jenis Boeing Co 737 MAX terhempas ke Laut Jawa, 13 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, membunuh kesemua 189 penumpang dan anak kapal.
Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia pada November mendedahkan latihan, penyelenggaraan serta sistem anti-stall serta pengantian sensor antara punca tragedi.
Ia membawa kepada waris mangsa memfailkan saman terhadap Boeing.
#Black box lion air
#Boeing
#Indonesia
#JT610
#kotak hitam
#Lion Air
#Lion Air 610
#pesawat terhempas