PENYELAMAT kini kesuntukan masa untuk mengeluarkan seorang budak lelaki yang terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan.
Mangsa dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap di dalam lubang tersebut selama dua hari sejak Selasa lalu.
Insiden menimpa kanak-kanak berusia 9 tahun itu berlaku di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.
Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia 5 tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam lubang perigi sedalam 32 meter (m) di Maghribi.
Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.
Perigi tersebut dikatakan mempunyai kedalaman 24 m (82 kaki) dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 m.
Sementara itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi laman Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa Haidar tersangkut dicelah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.
”Persis seperti Rayan dari Maghribi, seorang kanak-kanak telah jatuh ke dalam perigi yang dalam dan tersangkut pada batu di wilayah Zabul Afghanistan.
”Dia setakat ini masih hidup dan batu itu cuba untuk dibelah bagi mengeluarkan mangsa. Mohon doakan,” ciap beliau.
Tambah Abdullah, bantuan oksigen, ambulans serta beberapa keperluan lain telah berada di tempat kejadian.
"Kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan kadang kala meminta bantuan makanan dan minuman,” ujarnya. - Agensi
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022
Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia 5 tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam lubang perigi sedalam 32 meter (m) di Maghribi. - Gambar fail/ AP
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Cristiano Ronaldo tunai impian anak yatim Lubnan
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyambut kehadiran seorang anak yatim, Haidar dari Lubnan di Stadium Santiago Bernabeu, semalam.