Kanak-kanak setahun parah ditembak abang berusia 6 tahun
Agensi
Februari 25, 2019 19:39 MYT
Februari 25, 2019 19:39 MYT
Seorang kanak-kanak berusia setahun parah selepas ditembak abangnya yang berusia 6 tahun.
Kejadian berlaku di Charlestone, South Carolina, Amerika Syarikat pada awal pagi Sabtu ketika kedua-duanya sedang bermain senjata itu dalam sebuah bilik.
Polis kemudian tiba di lokasi kejadian, dan menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah kerana ditembak abangnya.
Sepupu mangsa, seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai membawa masuk pistol berkenaan ke dalam rumah sebelum ditemui dua kanak-kanak terbabit.
Dia kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut.