Kanak-kanak perempuan positif H7N9 dibenarkan keluar hospital

Astro Awani
April 17, 2013 07:44 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang disahkan positif selesema burung H7N9 akan dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Jurucakap Biro Kesihatan Perbandaran Beijing, Cheng Jun memaklumkan, selepas enam hari rawatan, keadaan kanak-kanak berkenaan telah stabil manakala pernafasan dan ujian darahnya menunjukkan pemulihan.
Lebih menggalakkan, ujian yang dijalankan ke atas kanak-kanak terbabit menunjukkan dia bebas dari virus H7N9 sepanjang tiga hari lalu.
Ikuti berita sepenuhnya melalui video yang disediakan.
#China #H7N9 #Hospital #kanak-kanak perempuan Beijing