GAZA: Pusat kesihatan di seluruh Gaza menerima ramai kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan.
Ia memberi petunjuk penduduk di Semenanjung Gaza berdepan kekurangan makanan yang kritkal, sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sifatkan ia sebagai krisis makanan dan bencana kemanusiaan.
Dua kanak-kanak Palestin dengan mata cengkung dan muka kurus, berbaring di atas katil di klinik Gaza, kaki kurus dan bertulang sambil lampin yang kelihatan terlalu besar untuk mereka.
Ahmed Qannan kini hanya seberat 6kg, separuh daripada berat badannya sebelum perang, menurut ibu saudaranya, Israa Kalakh, yang berada di sisinya.
Seorang ibu bernama Anwar Abdulnabi, juga dilihat menangisi mayat anak perempuannya Mila, seorang anak kecil, yang baru meninggal dunia di atas katilnya.
Dengan sebak, Abdulnabi berkata Mila mengalami kekurangan kalsium dan kalium, tetapi tidak menyatakan punca kematian kanak-kanak itu.
Dr Ahmad Salem yang bertugas di Unit Rawatan Rapi hospital itu berkata, antara faktor kematian kanak-kanak yang tinggi di situ ialah kekurangan zat.
Di Pusat Kesihatan Al-Awda di Rafah, seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Yazan al-Kafarna meninggal dunia pada Isnin.
Mangsa menghidap cerebral palsy dan telah bergantung kepada diet khas seperti buah-buahan dan susu campuran, barangan yang kini tidak lagi tersedia di Gaza.
Doktor mengaitkan kematian budak itu akibat kekurangan zat makanan hingga kes itu telah pun dipetik pada mesyuarat Perhimpunan Agung PBB oleh diplomat Palestin Riyad Mansour.
Penyampaian bantuan makanan ke seluruh Gaza semakin berkurangan daripada apa yang diperlukan, dan masalahnya lebih teruk di utara kerana satu-satunya lintasan di mana Israel membenarkan trak melalui adalah di selatan.
Beberapa trak bantuan telah dirampas oleh orang ramai yang terdesak sebelum mereka sampai ke utara.
Astro Awani
Tue Mar 05 2024
Penyampaian bantuan makanan ke seluruh Gaza semakin berkurangan daripada apa yang diperlukan. - Foto REUTERS
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.