Kanak-kanak enam tahun antara mangsa insiden tembakan di Texas

Agensi
Februari 19, 2018 19:25 MYT
Suspek yang memakai topeng itu kemudiannya melarikan diri dan pihak polis kini masih lagi giat memburunya. - Foto Reauters
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun bersama tiga orang dewasa menjadi mangsa terbaharu dalam insiden tembakan di kawasan tempat letak kereta San Antonio Steakhouse yang popular di Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.
Ketua Polis San Antonio, William McManus berkata dua daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun keadaan kanak-kanak itu berada dalam keadaan tidak membimbangkan apabila peluru berkenaan hanya mengenai kakinya.
Menurut laporan pihak berkuasa Texas kejadian itu berlaku pada jam 8.40 pagi waktu tempatan ketika mereka sedang menunggu di luar restoran itu sebelum suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan.
Menurut siasatan awal polis, suspek yang memakai topeng itu kemudiannya melarikan diri dan pihak polis kini masih lagi giat memburunya.
Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Kejadian ini berlaku lebih kurang seminggu insiden tembakan di sebuah sekolah di Florida yang mengorbankan lebih 17 orang.
#Amerika Syarikat #Kanak-kanak #kereta #mangsa #polis #sekolah #siasatan #suspek #tembakan
;