Kanak-kanak dua tahun diculik dan ditinggalkan berlumuran darah di landasan keretapi
Agensi
November 19, 2018 07:51 MYT
November 19, 2018 07:51 MYT
Seorang kanak-kanak dua tahun diculik dan dipercayai dirogol berhampiran landasan keretapi utara Delhi, New Delhi.
Kanak-kanak perempuan malang itu yang tinggal bersama ibu bapanya di kaki lima dilarikan suspek yang berusia 24 tahun, lapor portal Times of India.
Dia kemudian ditemui terbaring tidak sedarkan diri, berlumuran darah dan berbogel di landasan itu sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.
Selepas beberapa pembedahan dan rawatan yang dilakukan ke atasnya, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketika kejadian, ibu, bapa dan mangsa sedang tidur sebelum kanak-kanak itu diculik suspek kira-kira pukul 2.30 pagi.
Kedua ibu bapa mangsa hanya bekerja sebagai penarik beca dan penjual karpet jalanan.
Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan berdasarkan pemeriksaan awal polis mendapati lelaki dikenali sebagai Anil itu mempunyai rekod jenayah lampau selain pernah dipenjara.
Menurut Pegawai Balai Polis Kotwali, Jasmeet Singh, ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan berhubung 'kehilangan' anak mereka sebelum usaha mencari dilakukan pihaknya.
Katanya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihaknya berjaya berjaya mengesan perbuatan suspek menculik mangsa.
Polis berkata, suspek berada dalam keadaan mabuk ketika menculik mangsa sebelum mengaku meninggalkan kanak-kanak malang itu yang berlumuran darah selepas merogolnya.
#berbogel
#berlumuran darah
#CCTV
#culik
#Hospital
#jenayah
#Kanak-kanak
#mangsa
#New Delhi
#polis
#rogol
#suspek