Kanak-kanak di Syria kini dalam kesejukan

Afiezy Azaman
Januari 9, 2022 10:25 MYT
Kanak-kanak pelarian di Syria amat memerlukan bantuan kelengkapan musim sejuk untuk menempuh suhu yang kadang-kala boleh mencecah 7 darjah celcus. - Foto Malaysia For Syria
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak pelarian di Syria amat memerlukan bantuan kelengkapan musim sejuk untuk menempuh suhu yang kadang-kala boleh jatuh sehingga 2 darjah Celcius.
Musim sejuk ini membuatkan banyak keluarga terpaksa membakar pakaian, buku dan segala barang yang ada dalam khemah mereka untuk memanaskan badan.
Malah ada juga yang terpaksa mengutip sisa sampah untuk dibakar bagi mendapatkan haba yang menghangatkan badan sepanjang tempoh sukar ini.
Terdapat juga yang meninggal dunia akibat hipotermia atau kebakaran disebabkan oleh kaedah pemanasan yang tidak selamat.
Musim sejuk yang teruk sukar ditanggung keluarga yang tidak mempunyai keperluan asas sekalipun.
Awal tahun baru-baru ini, Malaysia for Syria telah ke lebih 50 buah kem pelarian di Syria, Turki dan Lubnan untuk menyampaikan bantuan keperluan musim sejuk untuk pelarian Syria.
Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkemampuan diseru untuk laksanakan Infak Syria Musim Sejuk Syria 10.0 untuk bantu memudahkan urusan saudara-saudara yang sedang kesusahan di Syria.
Layari pautan ini untuk bantu meringankan beban mereka, Infak Syria.
#Syria #Kanak-kanak #pelarian #kesejukan
;